Pejam celik sudah satu semester aku di Tanjung Malim. Setelah 3 tahun lebih di Kuala lumpur kerana belajar dan hampir setahun di Rawang kerana bekerja kini aku meneruskan sisa-sisa hidup di Tanjung Malim, sebuah pekan kecil yang meriah dengan kewujudan pelbagai kaum dan persekitaran fizikalnya yang sangat menyentuh jiwa dan menenangkan fikiran. Tulang belakang semenanjung yakni Banjaran Titiwangsa tersergam indah di belakang kawasan perumahan aku, kewujudan banyak air terjun dan kawasan-kawasan yang boleh dijadikan sumber inspirasi untuk menyedut sedikit oksigen yang kian lama kian rakus dihakis dek pembangunan!

Pekan Tanjung Malim, Perak
Namun, keindahan tersebut dicalari dengan kos sara hidup yang agak mahal. Bagi aku, aku tak kisah sangat sebab pernah bersusah payah di KL dulu..Tapi bagi yang tak pernah,akan terkejut.. First impression dengan Tanjung malim orang akan cakap..” Owh tak kisah, kos mesti murah!”.. Tapi semua pendapat berbeza apabila banyak barang yang terlalu mahal sehingga satu tahap ada yag lebih mahal dari KL. Bab makan aku tak kisah sangat tapi kalau bab-bab lain hurmm aku sanggup ke Kl untuk tukar apa yang patut! Sebagai contoh, satu hari tu aku ada teman sorang kawan pompuan nak tukar tayar kete viva! Bila ditanya harga terkejut beruk aku dibuatnya bila diberitahu harga untuk tayar biasa (good year paling biasa) empat bijik RM850..terus tak jadi! Last-last tukar di KL dengan tayar yang sama dengan harga RM520 sekali dengan fixing, alignment dan balancing! Beza RM330!! Perghh!!
Bulan puasa lagi best! Hari pertama aku ke bazar ramadhan dah terkena..nasik kerabu biasa RM5.00...Yang paling best ayam goreng tepung yang selalunya dalam RM1.00-RM1.50 aku beli RM2.50! haha..itu cerita aku..Kawan aku lagi best! Beli gulai ayam kampung..dua ketul bahagian kepak yang tinggal tulang RM14.00! hurmm mungkin ayam kampung kot..Tapi walaupun mahal aku tetap enjoy kat sini! Aku suka dengan pemandangan serta udara di sini yang segar bugar. Tak seperti di KL atau Rawang..tiap-tiap pagi menyedut asap lori yang kehitaman! Aduhh.. Kalau dibiarkan aku bisa mati hahaha...